Sunday, June 19, 2011

Wah! Saya dah besar!

Hepi bufday to me.. hepi bufday to mya.. hepi bufday to me..
Wah! Suda besa meyh! umo suda tua, bdn pun manyak besa...
 dan paling penting,,muka pun manyak kiut meyh. hehe
Apa pun, Alhamdulillah.. Terima kasih ya Allah..
 Kau masih membenarkan hambamu ini hidup di bumi ini sehingga 
berdirinya aku di kala usia mencecah 20 tahun.
Terima kasih tak terhingga pada kedua ibu bapa yg telah melahirkan, mendidik dan 
mengasuh sehingga aku menjadi seorang insan. 
Walau tak sempurna, tetapi didikan mereka Alhamdulillah... mampu membuat bakal-bakal ibu mertua diluar sana tersenyum melihatku. HAHAHA. puji diri sendiri plak. kih3

20 TAHUN.
tak bermakna kebebasan mutlak itu milikku,
cuma dgn meningkatnya umur, diharapkan pandai2 lah berfikir yg mana baik, yg mana buruk.
Bermulanya fasa baru dalam kehidupan, dimana umur belasan tahun telah ku tinggalkan.
So, perangai ni kena la baiki sikit, jgn la kebudak2kan sgt. kan2? hehe
Pemikiran tak sepatutnya di takuk lama lg. Kena out of the box la..
Akhir sekali, thanks to all that wishes me. 
Moga Allah merahmati kehidupan kita semua hendaknya, Aminn...


Tuesday, June 14, 2011

Tuhan lebih mengetahui segalanya~


Dulu.. pernah ada sengketa antara kita.
Kerananya. Ya, kerananya.
Tak perlu ku ungkap namanya. Kau tahu siapa gerangannya.
Dan tuhan maha mengetahui, lalu membawamu kembali pada dia yang dulu.
Dia yang setia menanti, walau cintamu telah berpaling tadah.
Dia tetap menunggumu, setia tanpa rasa jemu.
Dan pada 10Jun2011, kau dan dia sah disatukan.
Aku gembira dan agak cemburu, kau bertemu kebahagiaanmu.
Dan aku sangat menantikan detik kebahagiaanku.
Suatu hari nanti, detik bahagiaku kan tiba juga.
Moga doamu mengiringiku dan doaku selalu mengiringimu.
Salam sayang, ikhlas dari adik sepupumu, Mira.
Moga kau berbahagia bersamanya hingga hujung nyawa.

 Kepada abg sepupu iparku, sila lah jaga akak ku ini baik2 yer. Syg u all. 
Peace. Love. No war.