Wednesday, May 18, 2011

18th May~

* A month from this date, it's my BIRTHDAY!  arghh. umo makin meningkat, kedut bakal b'tmbh. huhu
* And one more things, kita dah 2years and 2month since our first date
18th MaRCH 2009. Congrats dear! Walaupun mcm2 terjadi antara kita, tp kita still have each other, kan? Thanks Bie, I sentiasa syg U!

Else:
* Today is "The Ladies Day Out".  with seorg kanak2 (adk Iefa), my twinz Amira Natrah, my aunty Suhana Nertism and my adek sesusu Farah Nasuha. 
Tgk muvie KONGSI.. "Lu Langsi, Lu Mati!" haha. So funny lah. Suke kt Shaheizy Sam n also Bront Palare! my herosss... kacak beb! hehe.
Dan sebagai kesimpulannya, "Saya suka jalan2, hangout, tgk movie, bershopping dan akhirnya balik dalam keadaan letih dan kesakitan kaki yg teramat sgt." Sekian, terima kasih.

Wednesday, May 4, 2011

izinkan ku pergi~

Pernah beberapa kali. hatiku remuk, retak dan  rapuh menjadi seperti cebisan kecil yg di koyak2kan. Tetapi aku masih teguh berdiri, mempertahankan sesuatu yang tak pasti. Cinta sejati? Cinta mati? Macam2 tentang cinta yg ku dengar dan ku lihat. Kadangkala aku gembira, kadangkala aku sedih. Mendengar kisah sedih cinta teman2 membuatkan aku seperti takut utk mendekati cinta. Dan akhirnya, aku sendiri terperangkap dalam alam fantasi cinta yg aku inginkan. Ya, aku cipta alam itu. Ada aku dan kamu. Cuma yg menjadikannya tidak lagi indah adalah dgn adanya dia. Kenapa perlu ada dia? Seharusnya kau pilih. Antara aku dan dia. Atau aku yg perlu memudahkan pilihanmu dgn melangkah pergi jauh2 dari hidupmu? Kau lelaki. Ya! kau punya hak utk memilih. Dan aku juga punya hak yg sama. Setelah 2tahun setengah bersama, aku kenal benar hatimu. Ada secebis kasih syg utkku yg tak kau nyatakan. Cuma kau tunjukkan kasihmu itu dgn menurut segala kehendakku. Terima kasih utk itu. Tak mungkin kau turutkan kemahuan ku jika tiada kasih atau syg buatku. Aku pernah cuba utk pergi darimu, tp mungkin kau tak bisa jauh dariku. Dan aku juga tak bisa jauh darimu. Jadi aku harus bagaimana? Biarkan semuanya dan berpura-pura bahagia? Begitukah?  Hmm,aku perlukan kau tp seandainya aku ini tidak lg diperlukan, kau hanya perlu Izinkan Aku Pergi. 

Tuesday, May 3, 2011

Tak Pasti?

Sesetengah org tak pasti dgn perasaan dia sendiri. Mungkin dia suka, syg atau cinta tp dia sendiri tak pasti dgn hatinya. Jadi bagaimana? Tp dgn semua bukti dan kesahihan yg jelas dan nyata di hadapan mata, dia masih tidak perasan bahawa apa yg dilakukan semuanya adalah kerana kasih sayang yg ikhlas dari lubuk hatinya. Org yg tak punya perasaan terhadap seseorang itu tak mungkin melakukan apa yg seorang kekasih sanggup lakukan. Pengorbanan yg tak pernah akan difahami oleh org lain. Org yg hanya melihat, tak akan pernah faham apa yg kita lalui. Kadangkala, tak perlu ungkapkan sayang andai segala yg terbentang di hadapan mata sudah menunjukkan kasih dan cinta seseorang itu. Cinta itu penuh dengan warna warni perasaan. Terkadang merajuk minta dipujuk, terkadang termarah tanpa sengaja dan juga boleh menyerabutkan fikiran memikirkan tentang org yg disayangi. "Sihatkah dia?.. Marahkah dia padaku?.. Lama tak bls mesej, ada masalahkah dia?" Soalan2 begini sentiasa bermain di benak, kan? Jangan bohong! Aku sangat pasti tentang ini. Dan semestinya aku sangat pasti tentang hati dan perasaanku. 
Ya! Aku pasti! Aku suka, syg dan paling penting Aku Cinta Dia. Dan tak bisa jauh darinya.Seandainya dia jodoh yg baik dan sesuai buatku, moga Allah menyatukan hatinya dgn hatiku. Andainya tidak, jauhkan aku darinya moga tiada hati yg kan terluka di kemudian hari. Biar menangis hari ini dari menyesal di kemudian hari.  Cinta adalah tentang memberi dan menerima. Telah ku berikan hatiku untuk kau jaga, moga kau menghargainya. Love. Peace. No War.