Tuesday, May 3, 2011

Tak Pasti?

Sesetengah org tak pasti dgn perasaan dia sendiri. Mungkin dia suka, syg atau cinta tp dia sendiri tak pasti dgn hatinya. Jadi bagaimana? Tp dgn semua bukti dan kesahihan yg jelas dan nyata di hadapan mata, dia masih tidak perasan bahawa apa yg dilakukan semuanya adalah kerana kasih sayang yg ikhlas dari lubuk hatinya. Org yg tak punya perasaan terhadap seseorang itu tak mungkin melakukan apa yg seorang kekasih sanggup lakukan. Pengorbanan yg tak pernah akan difahami oleh org lain. Org yg hanya melihat, tak akan pernah faham apa yg kita lalui. Kadangkala, tak perlu ungkapkan sayang andai segala yg terbentang di hadapan mata sudah menunjukkan kasih dan cinta seseorang itu. Cinta itu penuh dengan warna warni perasaan. Terkadang merajuk minta dipujuk, terkadang termarah tanpa sengaja dan juga boleh menyerabutkan fikiran memikirkan tentang org yg disayangi. "Sihatkah dia?.. Marahkah dia padaku?.. Lama tak bls mesej, ada masalahkah dia?" Soalan2 begini sentiasa bermain di benak, kan? Jangan bohong! Aku sangat pasti tentang ini. Dan semestinya aku sangat pasti tentang hati dan perasaanku. 
Ya! Aku pasti! Aku suka, syg dan paling penting Aku Cinta Dia. Dan tak bisa jauh darinya.Seandainya dia jodoh yg baik dan sesuai buatku, moga Allah menyatukan hatinya dgn hatiku. Andainya tidak, jauhkan aku darinya moga tiada hati yg kan terluka di kemudian hari. Biar menangis hari ini dari menyesal di kemudian hari.  Cinta adalah tentang memberi dan menerima. Telah ku berikan hatiku untuk kau jaga, moga kau menghargainya. Love. Peace. No War. 

1 comment:

  1. oh yeah. i wishu all the happiness with ur ATM sayang

    ReplyDelete